Syiah tersebar di Malaysia dengan cepat kerana beberapa faktor([2]):
1) Orang Malayu Islam sangat cinta dan kasih pada keluarga Nabi Muhammad sollallahu’alaihiwasallam. Di atas asas sayang dan cinta tersebut mereka mudah menerima dakwah Syiah yang melampau dalam membesarkan dan mengagongkan keluarga Rasulullah sollallahu’alaihiwasallam.
2) Hukum fekah Syiah yang longgar dan mudah. Setengah orang terpengaruh dengan hukum fekah Syiah yang lebih mudah mengikut pendapat mereka berbanding hukum fekah mazhab-mazhab lain seperti boleh jama’(himpun) solat lima waktu dalam satu waktu sahaja. Mereka juga merasa kagum dengan keharusan nikah mut’ah dalam mazhab Syiah.
3) Kesungguhan pendakwah-pendakwah Syiah di Malaysia. Mereka mengedarkan risalah, majalah dan bahan-bahan edaran lain untuk menyebarkan fahaman mereka.
..................................................................................................................................
[1]) Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan, Himpunan Ajaran, Amalan, Dan Fahaman Yang Telah Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor Sepanjang Abad Dua Puluh, op. cit, ms 131.
([2]) Tuan Che Mat bin Che min, “Gerakan Syiah Dan
Pengaruhnya Di Malaysia”, dalam koleksi Kertas Kerja Seminar Akidah
MABIMS Tahun 1413h/1993m, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei
Darussalam, Ajaran Sesat: Kemunculan, Bahayanya, Pemulihannya, Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negeri Brunei Darussalam, ctk 1, 1994, ms 99-101.
No comments:
Post a Comment